Phleng Sansasoen Phra Barami

Sansoen Phra Barami atau Sanrasoen Phra Barami (Bahasa Thai: สรรเสริญพระบารมี, lit: Muliakan keunggulannya) ialah lagu diraja Thailand. Lirik dikarang oleh Putera Narisara Nuwattiwong sekitar 1913 dan diubah suai oleh Raja Rama VI. Lagu digubah oleh seorang penggubah lagu Rusia, Pyotr Shchurovsky.[1]Phleng Sansoen Phra Barami juga merupakan lagu kebangsaan Siam sehingga 1932 sehingga 1932 yang kemudian diggantikan dengan lagu Phleng Chat. Lagu ini sering dimainkan semasa upacara-upacara kenegaraan dan juga semasa raja atau salah seorang anggota keluarga diraja yang berpangkat tinggi hadir untuk suatu acara. Selain itu, lagu ini dimainkan di pawagam setiap kali sebelum filem dimainkan dan juga sebelum persembahan teater atau konsert. Lagu ini juga dimainkan sebagai permulaan dan penutup siaran di televisyen dan radio. Pada April 2008, dilaporkan bahawa seorang rakyat Thai menghadapi tuduhan jenayah lèse majesté kerana tidak berdiri semasa lagu ini dimainkan di sebuah pawagam di Bangkok.